Kenaikan Tambang Teksi Perlu, Atasi Pemandu Ingkar - SPAD

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 9:49 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Industri teksi mungkin berakhir sekiranya kadar tambang tidak dinaikkan, tegas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nur Ismal Mohd Kamal berkata, jika tambang terus kekal tidak berubah, para pemandu yang dibebani dengan peningkatan kos lain akhirnya akan "melepaskannya" kepada penumpang mereka.

"Kita sudah pun mendengar tindakan dibuat di kalangan pemandu teksi dan mereka biasa melakukannya apa-apa sahaja yang mereka mahu," katanya di ibu pejabat SPAD di sini, Jumaat.

Ini termasuk menyekat lalu lintas di mana SPAD menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap mereka, di mana mungkin berlakunya perselisihan faham dan menjejaskan imej mereka dalam jangka panjang.

Mohd Nur berkata demikian bagi mengulas aduan orang ramai mengenai kadar tambang teksi yang dinaikkan, seperti diumumkan oleh SPAD pada Khamis lalu.

Beliau menambah, pemandu teksi berhadapan dengan peningkatan kos keseluruhan sebanyak 33 peratus dalam operasi mereka sejak 2009, yang mana kali terakhir kadar tambang dinaikkan.

Oleh itu katanya, keadaan tersebut menyebabkan para pemandu memperoleh RM970 sebulan (selepas penolakan kos) sekiranya mereka hanya menggunakan meter, sehingga menyebabkan segelintirnya terpaksa mengenakan caj berlebihan ke atas penumpang.

"Inilah sebabnya mengapa mereka tidak mengikut peraturan. Ia tidak memberi keadilan buat mereka," katanya.

Malahan katanya, sesetengah pemandu terpaksa mengurangkan kos penyelenggaraan atau pembelian alat ganti dalaman kenderaan mereka.

"Dengan skim baharu ini, pemandu dapat membawa pulang RM2,600 (sebulan) selepas bekerja selama 12 jam sehari," katanya sambil menambah bahawa ini bermaksud SPAD sekarang mempunyai sebab untuk menggantung khidmat pemandu yang ingkar.

Menurut Mohd Nur, SPAD mahu melakukan perubahan dalam menangani masalah sebahagian besar pemandu yang sebelum ini sering melanggar peraturan. 

SPAD pada Khamis SPAD mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.

Tags / Kata Kunci: SPAD , teksi , Mohd Nur Ismal Mohd Kamal

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan