RUU Hudud Mungkin Tidak Dapat Dibentang Pada Sesi Parlimen Kali Ini - Nancy - Berita Semasa | mStar

RUU Hudud Mungkin Tidak Dapat Dibentang Pada Sesi Parlimen Kali Ini - Nancy

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 4:32 PM

Nancy Shukri

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.

Beliau berkata, ini berikutan banyak lagi Rang Undang-undang kerajaan perlu dibentangkan pada sidang Parlimen (Dewan Rakyat) kali ini yang akan berakhir 9 April hadapan.

"Saya difahamkan Speaker Dewan (Tan Seri Pandikar Amin Mulia) sudah menerima Rang Undang-undang Persendirian mengenai hudud ini, tetapi belum tahu sama ada akan dibentangkan atau tidak.

"Kerana banyak bill (RUU) kerajaan seperti rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan IS akan dibentangkan pada persidangan kali ini.

"Jadi kita tidak tahu ada masa yang cukup atau tidak untuk dibentangkan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak, di sini Sabtu.

Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.

Tags / Kata Kunci: Nancy Shukri , RUU Hudud , Parlimen
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan