PRK DUN Chempaka: Persiapan Lancar - SPR

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 1:50 PM

Hashim (kanan) ketika melawat Pusat Penjumlahan undi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Chempaka di Dewan Bitara MRSM Pengkalan Chepa, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN CHEPA: Persiapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang akan diadakan Ahad, berjalan lancar, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan perjalanan sepanjang tempoh kempen dan sehingga kini tiada sebarang masalah timbul.

"Saya berpuas hati dengan persiapan setakat ini.

"Kami telah memberi taklimat kepada semua pegawai mengenai isu-isu tertentu dan diharap tiada masalah pada hari mengundi nanti," katanya pada Sabtu selepas memantau sesi taklimat dan persediaan untuk pegawai SPR di Maktab Sains Mara (MRSM) di sini.

Pegawai dan kakitangan SPR memdengar taklimat semakan isi peti undi pengundian biasa di Pusat Penjumlahan undi Pilihan Raya Kecil DUN N.06 Chempaka di Dewan Bitara MRSM Pengkalan Chepa, Sabtu. 

Mohd Hashim berkata, terdapat sembilan pusat mengundi dan 39 tempat mengundi pada PRK berkenaan dan semua peralatan yang diperlukan akan diuruskan pada Sabtu untuk memastikan proses berjalan lancar.

Beliau juga berharap peratusan keluar mengundi mencapai lebih 70 peratus.

"Cuaca dijangka baik dan tiada alasan untuk pengundi tidak datang untuk menunaikan tanggungjawab mengundi," katanya.

PRK DUN Chempaka bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru bagi merebut kerusi yang dahulunya disandang Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 12 Februari.

Calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood akan menentang calon Bebas Shariff Mahmood, Tengku Fadzilah Husin, Aslah Mamat dan Izat Bukhari Ismail Bukhari.




Tags / Kata Kunci: DUN Chempaka , SPR , Ahmad Fathan Mahmood

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan