Malaysia Pilih Peluru Berpandu NSM Bagi Kapal Perang Pesisir

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 9:23 PM

Pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri kawasan Tarmac untuk melihat dengan lebih dekat aksi persembahan Sukhoi SU-30MKM dari pasukan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) pada hari terakhir Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 2015) pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Malaysia memilih peluru berpandu daratke darat Naval Strike Missile (NSM) generasi kelima untuk melengkapkan persenjataan enam buah kapal perang pesisir, yang kini berada di peringkat awal pembinaan.

Sumber industri, yang mengesahkan perkara itu berkata, kerajaan memilih NSM keluaran syarikat Norway, Kongsberg Defence and Aerospace (KDA) berbanding peluru berpandu antikapal Exocet Blok 3 buatan Perancis.

"Ya, Malaysia telah membuat keputusan untuk melengkapkan keenam-enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) reka  bentuk Gowind dengan satu-satunya peluru berpandu darat ke darat generasi kelima di pasaran, Kongsberg Naval Strike Missile," kata beliau kepada Bernama di luar acara Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) di sini, Sabtu.

Peluru berpandu Exocet Blok 3 yang dikeluarkan oleh MBDA, dijangka menerima tempahan daripada kerajaan untuk melengkapkan LCS, sebagai peluru berpanduan antikapal yang digunakan secara meluas oleh kapal perang lain Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sumber itu berkata oleh kerana keputusan berhubung jenis peluru berpandu antikapal LCS telah selesai, kontraktor yang ditugaskan untuk membina kapal perang itu, Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC), boleh menyiapkan reka bentuk 3D kapal berkenaan.

"Mereka (BHIC) kini boleh meneruskan usaha menyiapkan reka bentuk maya kapal itu dan melakar kejayaan lain dalam pembinaan kapal perang sebelum menyerahkan LCS  pertama kepada TLDM pada awal 2019," katanya.

Selain peluru berpandu NSM Kongsberg, LCS juga akan dilengkapkan dengan sistem pertahanan udara Mica Vertical-Launch (VL) sebagai pelindung utama daripada serangan udara dengan dibantu oleh meriam 57mm MK2 serta meriam 30mm.

Menurut sumber itu, walaupun LCS akan dilengkapkan dengan hangar helikopter berkeupayaa sederhana tetapi Helikopter Super Lynx TLDM akan beroperasi dari LCS sehingga TLDM membuat keputusan untuk memperoleh helikopter bersaiz sederhana bagi LCS.

Malaysia membeli enam buah LCS membabitkan kos keseluruhan RM9 bilion dengan reka bentuk kapal perang seberat 3,000 tan itu adalah berdasarkan kapal korvet kelas Gowind DCNS Perancis. Apabila siap, LCS akan menjadi antara kapal perang paling canggih di rantau ini. 

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan