LIA Dinaik Taraf Pada 2016

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 2:45 PM

Suasana sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang sesak sepanjang penganjuran Lima'15) ketika tinjauan dari ruang udara.

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada tahun depan selepas diundi sebagai lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik bagi kategori kurang daripada dua juta penumpang setahun untuk tahun kedua berturut-turut.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata, LIA telah melepasi kapasiti pengendalian 1.5 juta penumpang dan pelan untuk menaik taraf lapangan terbang tersebut termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-11. 

"Projek menaik taraf LIA akan bermula pada tahun depan dan saya yakin sudah sampai masanya kerana ia akan meningkatkan jumlah ketibaan pelancong di Langkawi," katanya kepada Bernama pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (Lima'15) di sini.

Beliau berkata, projek menaik taraf itu akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan membesarkan dewan terminal.

Bagaimanapun, Badlisham tidak menyatakan kos kerja-kerja menaik taraf tersebut.

Bulan lepas, LIA diundi sebagai lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik bagi kategori kurang daripada dua juta penumpang setahun untuk tahun kedua berturut-turut di bawah Anugerah Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2014 oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

Beliau juga berkata sejumlah 2.2 juta penumpang tiba di LIA pada tahun lepas dan trend peningkatan itu dijangka berterusan berdasarkan jumlah ketibaan pelancong.

"Langkawi semakin membangun dan kerja-kerja menaik taraf LIA akan selaras dengan siapnya Hotel St Regis Langkawi dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi.

"Selain menarik pelancong, kami yakin Langkawi lebih daripada berupaya menjadi tuan rumah kepada acara-acara antarabangsa apabila projek menaik taraf itu siap," katanya.

LIA terletak di Padang Matsirat di pulau bebas cukai dan kira-kira 25 minit perjalanan dari pusat bandar, Kuah. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: MAHB , LIA , Badlisham Ghazali

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan