Guan Eng Bidas Presiden PAS Kerana 'Hina PR'

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 9:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah bertindak khianat dan sengaja melakukan provokasi untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat (PR), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata isu yang dihadapi Majlis Kepimpinan PR tidak lagi berkisar kepada kedegilan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO bagi melaksanakan hukum Hudud tetapi presiden PAS itu menghina PR dengan berulang kali melanggar janjinya sendiri kepada gabungan itu.

"Pendekatan Abdul Hadi tidak boleh menjadi sebahagian daripada, malah melanggar pendekatan secara persetujuan yang diamalkan oleh PR ke arah gabungan sihat, demokratik dan berfungsi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Lim berkata keputusan unilateral Abdul Hadi untuk membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum Hudud pada sidang Parlimen sekarang, adalah tindakan pengkhianatan oleh PAS dengan mencabuli kesepakatan PR yang dipersetujui oleh pemimpin tertinggi PAS pada mesyuarat Majlis Kepimpinan PR pada 8 Februari lepas.

Beliau berkata namun, Abdul Hadi memberi notis kepada Parlimen pada 18 Mac lepas untuk melaksanakan hukum Hudud terhadap orang Islam di Kelantan dengan meminda Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang KuasaJenayah) 1965.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Anggota Parlimen Bagan,berkata rang undang-undang Hudud PAS hanya diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac. 

"Dengan memberi notis walaupun sebelum rang undang-undang itu diluluskan menunjukkan bahawa Abdul Hadi sekali lagi memungkiri janjinya yang dibuat sendiri semasa mesyuarat pada 8 Feb lepas bahawa sebarang percubaan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian oleh anggota dewan perlu dibincangkan oleh Majlis Kepimpinan PR dahulu," kata beliau.

Pada 18 Mac lepas, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) untuk membolehkan pelaksanaan hukum hudud PAS' di Kelantan.

Rang undang-undang itu diluluskan sehari kemudian. Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa PAS telah belajar untuk menerima dan menghormati agama lain dan mempersoalkan mengapa orang bukan Islam tidak boleh menghormati Islam.

Beliau juga berkata PAS mematuhi Perlembagaan dalam usaha untuk melaksanakanHudud dan tidak berhasrat menghalang orang bukan Islam daripada mengamalkan agama mereka.

Lim mendakwa orang bukan Islam dan pengundi beragama Islam berfahaman sederhana yang menyokong PAS pada pilihan raya umum lepas, marah dengan pengkhianatan yang dilakukan Abdul Hadi.

Beliau mengulangi bahawa DAP dengan tegas menentang pelaksanaan hukum Hudud 'bukan kerana ia hukum Islam tetapi kerana Hudud tidak mengikut Perlembagaan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan'.

Menurutnya mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pada malam Isnin lepas memutuskan untuk membincangkan tindakan terbaharu Abdul Hadi dan hukum Hudud yang diluluskan kerajaan Kelantan diterajui PAS. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan