Operasi Banteras Pencatuan Diperhebat Sebelum Pelaksanaan CBP

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 9:06 PM

Hasan Malek (depan,lima dari kanan) bersama wakil koperasi yang menerima replika cek geran bantuan dan pinjaman tabung modal pusingan pada majlis perasmian Karnival Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Pahang 2015 di Taman Tasik Raub pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

RAUB: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terus memperhebat operasi membanteras pencatutan sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) mulai bulan depan. 

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata, sejak 15 Jan sehingga kini sebanyak 519,454 premis telah diperiksa di seluruh negara.

"Hasilnya sebanyak 2,617 kes telah dikesan dengan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM455,861 dan kompaun sebanyak RM297,316.  

"Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu (pencatutan) boleh membuat aduan terus kepada kementerian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Koperasi dan Kepenggunaan peringkat negeri Pahang pada Sabtu. 

Peniaga yang menaikkan harga barangan sebelum dan ketika pelaksanaan CBP boleh dikenakan denda hingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.  

Majlis turut itu dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Koperasi Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin.  

Hasan diminta mengulas tentang tindakan sesetengah peniaga yang sudah mula menaikkan harga barangan dengan alasan pelaksanaan CBP, walaupun ia hanya mula dikuatkuasakan pada 1 April.  

Katanya, tahap kesedaran pengguna terhadap hak-hak mereka kini semakin tinggi dan ini terbukti apabila bilangan kes aduan yang diterima oleh kementerian pada tahun lepas meningkat berbanding tahun sebelumnya. 

"Pada tahun lepas sahaja kita menerima sebanyak 14,089 kes meningkat sebanyak 19 peratus berbanding 11,851 kes pada 2013. 

"Saya minta rakyat jika mempunyai sebarang aduan supaya terus lapor ditalian 1-800-88-6800," katanya.

Tags / Kata Kunci: CBP

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan