Kadar Faedah Setakat Ini Kekal Akomodatif - Dr Zeti

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 9:33 PM

Dr Zeti Aktar Aziz

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia berkata ia akan mengkaji semula kedaaan ekonomi global tetapi menegaskan yang kadar faedah negara ini kekal akomodatif dan menyokong ekonomi.

Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, bank pusat itu lebih stabil dalam pendekatan kepada pelarasan kadar faedah kerana ia bergantung kepada langkah-langkah pro pertumbuhan dalam membuat dasar monetarinya.

"Sudah tentu kita perlu mengambil kira perkembangan semasa. Kita tidak boleh hidup dalam dunia kita sendiri kerana kita semua terjejas oleh perkembangan global," katanya.

Zeti bercakap kepada pemberita pada hari terakhir Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN pertama di sini, pada Sabtu.   

Kebanyakan bank pusat di Asia telah mengurangkan kadar faedah mereka tahun ini bagi merangsang ekonomi.

"Ketika ini kadar faedah kita akomodatif dan sangat menyokong ekonomi. Kita akan mengkaji semula keadaan tetapi kini ekonomi kita berada pada landasan pertumbuhan yang stabil dan kadar faedah menyokong landasan pertumbuhan berkenaan," kata Zeti. 

Zeti menegaskan yang rantau ASEAN tidak akan mewujudkan mata wang tunggal kerana rantau ini sangat pelbagai dan tidak mempunyai prasyarat untuk itu.

"Kita berusaha untuk integrasi kewangan bagi mencapai objektif yang sama iaitu pertumbuhan kolektif yang lebih tinggi," tambahnya.

Pada Sabtu, bekas Menteri Kewangan Indonesia, Dr Mohamad Chatib Basri berkata, pelaksanaan mata wang tunggal bukanlah mudah berikutan struktur ekonomi serta tahap pembangunan yang pelbagai di 10 negara anggota ASEAN.

"Mata wang tunggal mungkin isu yang kita perlu fikirkan secara berhati-hati. Anda masih boleh berintegrasi dan mempunyai mata wang anda sendiri," tambahnya. -- 

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan