Menteri Kewangan, Gabenor Bank Pusat ASEAN Muktamadkan ABIF

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 7:44 PM

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (tengah) menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media penutupan Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN Ke-19 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Sabtu.
Turut kelihatan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Aktar Aziz (kiri). Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rangka Kerja Integrasi Perbankan ASEAN (ABIF) dimuktamadkan pada Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN pertama yang berakhir pada Sabtu.

Kenyataan bersama selepas mesyuarat itu berkata, objektif segera rangka kerja berkenaan adalah untuk mencapai pasaran perbankan yang lebih berintegrasi, diterajui bank-bank ASEAN berkelayakan (QAB).

Di bawah rangka kerja itu, mana-mana dua negara ASEAN boleh memetrai perjanjian dua hala untuk menawarkan akses pasaran yang lebih luas kepada QAB.

Rangka kerja itu juga menawarkan fleksibiliti operasi, konsisten dengan bank domestik dalam negara tuan rumah masing-masing.

Pelaksanaan rangka kerja itu akan disertakan dengan pengukuhan peraturan negara tuan rumah dan perkiraan kerjasama penyeliaan bagi menyokong penyeliaandan pengawasan yang berkesan serta penyeliaan QAB, kata kenyataan berkenaan. 

Tags / Kata Kunci: Gabenor Bank ASEAN , ABIF

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan