Surat Perakuan Nikah Anak PM Di Laman Sosial Adalah Palsu - JAWI

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 10:42 PM

Jawi menegaskan sijil nikah yang didakwa milik anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya,Daniyar Kessikbayev yang tersebar di laman sosial adalah palsu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjelaskan surat perakuan nikah anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kessikbayev, yang tersebar di media sosial, adalah palsu.

Pengarah JAWI Paimuzi Yahya berkata maklumat mengenai mas kahwin dan jumlah hantaran yang tertera pada surat perakuan nikah itu adalah tidak benar selain sijil berkenaan tidak ditandatangani pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk JAWI.

"Pihak JAWI ingin menegaskan bahawa surat perakuan nikah berkenaan adalah palsu," katanya dalam kenyataan di sini.

JAWI turut menyertakan salinan surat perakuan nikah palsu yang dilaporkan viral di media sosial dan salinan surat perakuan nikah asli bersama-sama
kenyataan itu.

Kandungan dokumen palsu itu antara lain menyatakan nilai mas kahwin ialah RM111 dan jumlah hantaran sebanyak US$500,000.

Salinan dokumen asli yang diperoleh daripada JAWI memaparkan nilai mas kahwin ialah sebanyak RM5,000 tanpa menyatakan belanja hantaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan sendiri akad nikah pasangan itu dalam satu majlis di Putrajaya semalam.

Nooryana Najwa dan Daniyar mula berkenalan ketika kedua-duanya menuntut di Amerika Syarikat.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan