Ribuan Ikan Duri Mati

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 9:25 AM

Mohd Hafizie Jamaluddin, 20, menunjukkan timbunan ikan duri yang mati dan terapung berhampiran pintu air Ampang Jajar di Nibong Tebal pada Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Ribuan ikan duri ditemui mati dan terapung di permukaan air sepanjang Sungai Kerian hingga pintu air Ampang Jajar, di sini sejak dua hari lepas.

Suasana tersebut menyebabkan kawasan sekitar sungai dicemari bau busuk berikutan bangkai ikan-ikan yang sedang mereput tidak dapat hanyut ke laut kerana terhalang oleh pintu air yang ditutup.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seri Ampangan Ahmad Furanji Shariff berkata penduduk di kawasan berkenaan hairan kerana hanya spesies ikan duri sahaja yang mati.

"Kami tidak pasti mengapa hanya ikan duri sahaja yang mati tapi nelayan di sini kata mungkin ia disebabkan pencemaran air dari anak sungai yang mengalir masuk ke Sungai Kerian.

"Penduduk di kawasan berhampiran perairan Sungai Kerian terpaksa menghidu bau busuk dan kami berharap pihak berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perikanan mengambil tindakan segera," katanya di sini, Khamis.

Seorang penduduk Md Amin Abdullah berkata dia sekeluarga terpaksa menghidu bau busuk akibat pencemaran sungai berikutan kematian ikan duri kerana selepas dua hari ia masih belum dibersihkan.

"Bangkai ikan berkenaan timbul terapung di permukaan air dan saya harap tindakan segera dapat diambil kerana ia mengganggu keselesaan orang ramai terutama penduduk di sini," katanya.

Supian Mohd, nelayan di kawasan berkenaan, berharap pihak berkuasa menyiasat punca sebenar kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap pihak yang telah menyebabkan kematian ikan.

"Jika kejadian itu (kematian ikan) disebabkan tindakan manusia, saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran sungai dan bau busuk malah turut menyebabkan bekalan ikan berkurangan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ikan Duri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan