SPAD Perlu Galak Masyarakat Guna Pengangkutan Awam Bukan Naik Tambang

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 2:53 PM

Hahasrin Hashim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pergerakkan Pemuda Umno Johor mendesak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengkaji semula kenaikan tambang yang diumumkan pada Khamis kerana tindakan itu membebankan rakyat.

Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, tambang baru itu bakal memberi impak besar kepada rakyat jika kos pengangkutan awam teralu tinggi.

"SPAD perlu mengkaji semula kenaikan tambang pengangkutan awam selaras dengan kos sara hidup serta pendapatan isi rumah rakyat negara ini."

"Peningkatan harga tambang bagi pengangkutan awam ini terlalu mengejut dan mendadak serta akan membebankan rakyat selaku pengguna setia," katanya bagi mengulas isu kenaikan tambang yang dikritik ramai.

Beliau juga menegaskan supaya SPAD mengalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam dengan mengadakan kempen besar-besaran serta mengutamakan penaiktarafan mutu perkhidmatan.

"SPAD seharusnya tampil dengan memainkan peranan sebagai ejen  mempromosi platform kemudahan awam ini, dan bukannya membebankan penggunanya dengan harga tambang yang tinggi.

"Kami juga mencadangkan supaya SPAD mengutamakan penaiktarafan mutu perkhidmatan dan sistem sedia ada bagi setiap pengangkutan awam di negara ini, sebelum mengkaji sebarang kenaikan harga tambang kemudahan awam tersebut," katanya.

SPAD mengumumkan kenaikan tambang bagi teksi dan kereta sewa sebanyak 20 hingga 67 peratus, manakala tambang bas ekspres meningkat kepada 22.6 peratus.

Selain itu, pelanggan komuter pula terpaksa berdepan dengan peningkatan kadar tambang sehinga RM7.10 mengikut jarak perjalanan.

Tags / Kata Kunci: SPAD

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan