Hudud: Pakar Undang-Undang Berbeza Pendapat

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 8:38 AM

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Takzir dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan pakar perundangan melahirkan pandangan berbeza sama ada kerajaan PAS Kelantan bersedia melaksanakan hukum hudud atau tidak.

Antara mereka berkata Kelantan mungkin belum bersedia untuk menguatkuasakan hudud, walaupun rang undang-undang persendirian PAS itu diluluskan di Parlimen.

Mereka berkata hudu bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, berhubung isu ketidaksamaan antara orang Islam dan bukan Islam di negeri itu.

Peguam Akbardin Abdul Kader berkata, Kelantan mungkin tidak dapat melaksanakan hudud kerana kerana undang-undang Islam ini menuntut beberapa keperluan utama.

"Mereka mungkin terburu-buru dalam hal ini. Wujud beban kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan tujuh kesalahan utama di bawah hudud.

"Ia merupakan satu tugas yang berat seperti yang diperuntukan dalam undang-undang itu khususnya untuk mendapatkan bukti bahawa seseorang itu melakukan suatu kesalahan.

"Falsafah di sebalik hukum hudud ialah pencegahan dan lebih dilihat sebagai penghalang, tidak begitu banyak kepada hukuman," katanya.

Katanya lagi undang-undang itu perlu diperhalusi dengan sebaiknya.

"Sebagai contoh ammbil satu kes kecurian. Di bawah undang-undang Islam, mereka perlu memeriksa latar belakang tertuduh.

"Jika dia miskin, dia akan dilepaskan daripada kesalahan itu. Dia tidak boleh dihukum," katanya.

Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Dr Azmi Sharom berkata Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak sama rata kepada semua pihak tanpa mengira agama.

Jelasnya walaupun Perlembagaan membolehkan ketidaksamaan dalam keadaan tertentu, namun beliau berkata, tidak ada peruntukan yang membolehkan penggunaan undang-undang jenayah yang berlainan kepada orang ramai berdasarkan agama mereka.

"Jika Parlimen meluluskannya, umat Islam di Kelantan akan dilayan secara berbeza daripada orang bukan Islam di negeri itu dan berbeza daripada umat Islam di negeri-negeri lain," katanya.

Bagaimanapun peguam Haniff Khatri yakin Kelantan bersedia untuk melancarkan hudud.

"Orang bukan Islam tidak akan terjejas. Jika orang bukan Islam dan Islam yang ditangkap bersama, hanya orang Islam boleh dikenakan penalti berdasarkan undang-undang itu.

"Jika polis tersalah menahan orang bukan Islam, individu berkenaan boleh membawa kes itu ke mahkamah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Hudud , PAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan