Lee Kuan Yew Masih Kritikal - PMO

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 5:06 PM

Lee Kuan Yew

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Keadaan bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew, yang kritikal, masih tidak berubah, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) Jumaat.

Kenyataan PMO menyebut Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan terima kasih kepada orang ramai berikutan sokongan dan ucap selamat mereka.

Lee, 91, dirawat di unit rawatan rapi Hospital Besar Singapura sejak beliau dimasukkan ke hospital itu pada 5 Februari akibat radang paru-paru yang teruk.

Sementara itu, pemimpin dan rakyat Singapura tidak henti-henti mengutuskan doa dan ucap selamat, terutamanya menerusi media sosial kepada Bapa Pemodenan Singapura yang dikasihi, yang merubah negara bandar raya ini menjadi sebuah negara bertaraf dunia.
Tags / Kata Kunci: PMO , Lee Kuan Yew , Lee Hsien Loong

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan