GST: Kos Operasi Penjagaan Kesihatan Swasta Dijangka Naik Hingga 4%

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 9:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kos operasi penjagaan kesihatan swasta dijangka meningkat daripada dua hingga empat peratus selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April berikutan bekalan yang bercampur, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Holdings Bhd, Ahmad Shahizam Mohd Shariff.

Beliau berkata, tidak semua bekalan untuk hospital swasta dikecualikan GST kerana barangan tertentu yang diperoleh daripada kontraktor adalah di bawah kategori penarafan standard yang tertakluk kepada cukai enam peratus.

"Akan terdapat kos tambahan kerana sebahagian besar tidak boleh dilepaskan kepada pesakit.

"Sebagai pengendali hospital, kebanyakan aktiviti dicaj kepada pesakit adalah dikecualikan cukai, yang bermakna tidak ada tuntutan balik daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Bagaimanapun, kenaikan dua hingga empat peratus dalam kos bukanlah isu besar kerana ia agak terkawal," katanya kepada pemberita di majlis taklimat mengenai Dana Penjagaan Kesihatan Khazanah-IHH.

Selain isu GST, Ahmad Shahizam berkata, berikutan perjumpaan di antara Persatuan Hospital Swasta Malaysia dan JKDM pagi ini, yuran perundingan bebas swasta telah diperjelaskan untuk berada di bawah bekalan penarafan standard dan tertakluk kepada cukai enam peratus.

Ini adalah isu hangat di kalangan mereka di hospital swasta sebelum ini mengenai kejelasan yuran dikenakan perunding bebas swasta yang menawarkan perkhidmatan di hospital swasta, katanya.

Walaupun kebanyakan bil di hospital swasta dikecualikan GST, komponen berkaitan yuran perundingan akan tertakluk kepada cukai enam peratus yang akan dikenakan kepada pesakit," tambahnya.

Mengenai Dana Penjagaan Kesihatan Khazanah-IHH, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Bhd, Dr Tan See Leng berkata, dana itu ditubuh dengan pembiayaan RM50 juta daripada Khazanah Nasional Bhd, yang dikumpul daripada keuntungan pelaburan dalam IHH Healthcare.

Sejak ditubuhkan dua tahun lepas, sejumlah RM20 juta telah diguna untuk membantu lebih 3,100 pesakit kurang berkemampuan dan layak di pasaran kumpulan itu di Malaysia, Singapura dan Turki sama ada ditaja sebahagian atau sepenuhnya.

Dr Tan berkata, dana itu akan mengeluarkan RM10 juta setahun, selama lima tahun melalui program dianjurkan anak syarikat IHH Healthcare, di mana 70  peratus daripada jumlah itu diperuntukkan untuk Malaysia dan bakinya dibahagikan di antara Singapura dan Turki.

Dana itu diumum pada Julai 2012 pada pelancaran tawaran awam awal IHH Healthcare dan pengeluaran wang itu bermula pada 2013 selepas rangka kerja diwjudkan untuk mengenal pasti dan memadankan pesakit yang layak secara sistematik.
Tags / Kata Kunci: GST , klinik dan hospital swasta

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan