Kabinet Dimaklumkan Mengenai Undang-Undang Hudud di Kelantan

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 10:06 PM

Shafie Apdal.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kabinet pada Jumaat telah dimaklumkan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, jemaah menteri daripada Umno juga bersetuju dengan sokongan wakil parti itu terhadap pindaan undang-undang itu.

Umno turut bersetuju supaya perkara itu diulas dengan terperinci kepada umum oleh jurucakap yang dilantik parti, kata Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Kita memang amat setuju undang-undang ini diluluskan kerana ia merupakan hukum Allah yang memerlukan kita untuk memberikan sokongan.

"Tidak ada persoalan kita menentang hukum Allah, cuma dari segi pelaksanaannya perlu ditingkatkan," katanya pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan Royal Agricultural University (RAU) United Kingdom di sini, hari ini.

Semalam, DUN Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu, selepas dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 44 anggota DUN.

Semua 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu 31 daripada PAS, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika enakmen itu diluluskan. 

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan