GST: Insurans Kereta Naik 6 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Insurans kereta akan naik sebanyak enam peratus ekoran pihak penyedia insurans tertakluk di bawah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Insurans akan naik. Tapi jangan percaya kepada khabar agin bahawa cukai jalan juga akan turut naik. Ia tidak akan naik," kata Pengarah GST, Datuk Subromaniam Tholasy pada Khamis.

Bagaimanapun bagi sesiapa yang memperbaharui cukai jalan di pejabat pos, mereka akan dikenakan GST sebanyak 12 sen.

Sementara itu Timbalan Pengarah Kastam, Tan Sim Kiat menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan 'skim pemasaran' yang mensensasikan GST.

"Jika premium insurans anda adalah RM500, maka 6 peratus adalah RM30. Kirakan kos itu dahulu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Subromaniam juga mengingatkan penduduk bahawa agensi keselamatan kejiranan akan dikenakan GST walaupun yuran penyelenggaraan kondominium dikecualikan daripada cukai itu.

Syarikat keselamatan yang menyediakan perkhidmatan kepada kawasan perumahan akan dikenakan GST maka bayaran perkhidmatan boleh meningkat sebanyak 6 peratus.

Tags / Kata Kunci: Insurans Kereta , GST

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan