Henti Guna Alasan Kebebasan Bersuara Untuk Hasut Rakyat - KPN - Berita Semasa | mStar

Henti Guna Alasan Kebebasan Bersuara Untuk Hasut Rakyat - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 7:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hak kebebasan bersuara tidak harus dijadikan alasan untuk 'menghalalkan' perbuatan atau kenyataan berbaur hasutan  yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun pihaknya kerap memberi amaran berhubung perkara itu, namun masih terdapat segelintir pihak yang berbuat demikian.

"Saya telah beri amaran banyak kali khususnya kepada pemimpin politik serta badan bukan kerajaan supaya berhati-hati bila suarakan pendapat dan pandangan khususnya di media sosial kerana ia boleh menjurus kepada keadaan yang mengancam keselamatan awam.

Saya rasa sekarang ini saya tidak mahu lagi beri amaran sebaliknya mana-mana individu yang melanggar mana-mana peraturan, kita akan ambil tindakan serta merta...dan mereka ini jangan pula nak berselindung di sebalik hak kebebasan bersuara," katanya.

Khalid bercakap dalam dalam wawancara khas bersama media sempena sambutan Hari Polis ke-208 di sin, Jumaat . Acara itu akan disambut pada 25 Mac ini.

Mengulas dakwaan beliau cuba menyekat hak kebebasan bersuara apabila memberi arahan melalui akaun Twitternya supaya tindakan diambil terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, Khalid berkata ia perlu untuk mencegah penyebaran kenyataan seumpama itu.

"Tujuan saya mengeluarkan arahan melalui Twitter adalah untuk bertindak pantas terhadap hasutan dan penyebaran perkara yang tidak benar.

Pada pandangan saya, cara ini berkesan untuk mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh dengan perkara tidak benar yang perlu dihentikan serta-merta," katanya.

Polis, katanya, sentiasa menghormati hak kebebasan bersuara tetapi kebebasan itu ada hadnya khusus bagi negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

"Kadang-kadang masyarakat mahu polis (bertindak) cepat tapi bila saya buat macam ini ada pula yang kata saya melanggar hak kebebasan bersuara pula," katanya.

Khalid berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya, terdapat pengurangan dalam aktiviti menghasut melalui laman sosial ketika ini, dan berharap ia berterusan serta tiada lagi pihak cuba menyalahgunakan platform itu.

Menyentuh laporan berkaitan penganjuran perhimpunan untuk mendesak beliau melepaskan jawatannya, Khalid berkata: "Tidak kiralah apa tujuan mereka nak suruh saya letak jawatan, tetapi sebarang perhimpunan ada peraturannya dan undang-undang yang mengawal."

Beliau turut menjelaskan kebenaran yang tidak diperoleh daripada 'tuan punya tempat' untuk mengadakan perhimpunan berkenaan turut dianggap melanggar undang-undang jika ia tetap diadakan.

Tags / Kata Kunci: Kebebasan Bersuara , KPN
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan