Selangor Impikan Pengangkutan Awam Sendiri, Sedia Kerjasama Dengan Kerajaan Persekutuan

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 5:34 PM

Fadillah dan Azmin pada sidang media selepas pertemuan mereka di pejabat Menteri Besar Selangor, Khamis.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merancang mewujudkan sistem pengangkutan awamnya sendiri bagi mengatasi masalah trafik di negeri berkenaan.

Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, Pelan Induk Pengangkutan Awam Selangor akan dirangka sebagai sebahagian daripada projek pembangunan negeri dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Katanya, dalam merealisasikan projek tersebut, Selangor mempunyai pendiriannya sendiri, namun sedia bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan sekiranya perlu.

"Saya telah memberitahu kerajaan Persekutuan bahawa kita sedang mulakan Pelan Induk Pengangkutan Awam di Selangor apabila ditanya tentang penyelesaian trafik di negeri ini.

"Bila siap nanti kita boleh kemukakannya kepada kerajaan Persekutuan dan berkongsi maklumat, termasuk dengan Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertemuan kira-kira sejam dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang diadakan di pejabatnya di sini.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut, Azmin berkata, perbincangan berjalan dengan baik dan beliau berkesempatan memberikan beberapa cadangan mengenai masalah trafik dan sistem pengangkutan untuk dibawa ke Kabinet.

Beliau turut menegaskan bahawa projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) tidak dibincangkan secara terperinci dalam pertemuan itu sambil menyatakan pendirian Selangor berhubung isu Kidex adalah 'jelas'.

"Penyelesaian trafik di Selangor bukan melalui pembinaan lebuhraya sahaja, kita mahu kerajaan Persekutuan beri tumpuan kepada sistem pengangkutan awam yang efisyen.

"Kita nak gerakkan rakyat, bukan gerakkan mesin seperti kereta, bas atau lori. Kalau bina lebuhraya bermaksud kita gerakkan mesin, bagaimana mahu gerakkan rakyat kalau tak ada sistem pengangkutan awam efisyen ," katanya.

Antara cadangan lain yang dikemukakan termasuk memberikan peruntukan yang lebih besar kepada SPAD untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam seperti MRT dan LRT.

Katanya, Selangor tidak bersetuju dengan nisbah 40:60 pengangkutan awam dan pengangkutan persendirian yang disasarkan oleh SPAD menjelang 2030.

"Kita cadangkan nisbah ini disemak semula. Kita mahu nisbah 60:40," katanya.

Selangor pada 16 Februari lalu membatalkan pembangunan melibatkan projek kerajaan Persekutuan, Kidex di Selangor berikutan syarikat konsesi gagal mencapai tiga syarat ditetapkan sebelum tarikh tutup 14 Februari.

Selepas pembatalan pembangunan tersebut, Putrajaya tampil bagi membincangkan isu pengangkutan awam di Selangor bagi membincangkan mengenai pembangunan infrastruktur pengangkutan awam.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan