RM1 Juta Bantuan Banjir Bantu 15,868 Warga Kementerian Pendidikan

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 3:03 PM

Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan bantuan RM1 juta bagi membantu 15,868 warga Kementerian Pendidikan yang terjejas akibat banjir besar tahun lepas.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata, peruntukan itu diperoleh daripada tabung bantuan bencana melalui Tabung Persatuan Sukan dan Kebudayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilancarkan 5 Januari lepas.

Katanya, objektif tabung bencana itu adalah untuk memberi bantuan sumbangan kewangan kepada pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), guru dan Anggota Khidmat Pelaksana (AKP) yang merupakan mangsa banjir.

"Seramai 15,868 pegawai JPN atau PPD, guru dan AKP yang terjejas bencana banjir tahun lepas.

"Daripada jumlah itu, 205 orang dikategorikan terjejas pada tahap sangat kritikal manakala 15,663 orang pada tahap sederhana kritikal," katanya pada majlis penyampaian bantuan itu di Menara Parlimen, Parlimen, di sini.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan replika cek sumbangan kepada pengarah-pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

Muhyiddin berkata, peruntukan itu diagihkan kepada mangsa banjir kategori sangat kritikal dengan jumlah RM500 seorang.

Selain itu, agihan peruntukan bagi kategori sederhana kritikal diserahkan kepada JPN untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah terlibat banjir, katanya.

Beliau berkata JPN Kelantan menerima bantuan RM559,500 diikuti Terengganu (RM160,000), Pahang (RM71,500), Sabah (RM64,000) dan masing-masing RM24,000 bagi JPN Perak dan Sarawak.

"Harapan Kementerian Pendidikan sumbangan bantuan kewangan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir ini khususnya dalam kalangan pegawai JPN atau PPD, guru dan AKP," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan