Polis Siasat Laman Web Palsu Sebar Laporan Kematian Lee Kuan Yew - Berita Semasa | mStar

Polis Siasat Laman Web Palsu Sebar Laporan Kematian Lee Kuan Yew

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 8:24 AM

Lee Kuan Yew

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat sebuah laman web palsu yang mengumumkan secara salah kematian bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, malam Rabu.


Laman web tersebut dengan logo Pejabat Perdana Menteri (PMO), membawa kepada laporan salah dikeluarkan oleh beberapa organisasi berita asing yang menyatakan tentang kematian Kuan Yew.

PMO malam Rabu berkata bahawa pihaknya telah membuat laporan polis mengenai laman web tersebut.

Ia menambah bahawa tiada maklumat baharu telah dikeluarkan tentang kesihatan Kuan Yew sejak kemas kini pada awal hari Rabu bahawa beliau sedang sakit tenat.

Polis  pada Rabu malam mengesahkan bahawa satu laporan telah dibuat dan berkata mereka akan menyiasat perkara itu.

"Kami melihat  sesiapa sahaja yang memalsukan laman web kerajaan untuk menyebarkan maklumat palsu bagi menipu orang ramai sebagai sesuatu yang berat," kata Penolong Pesuruhjaya (AC) Polis Melvin Yong kepada The Straits Times.

"Kami akan berusaha untuk membawa mereka ke muka pengadilan. Kami juga menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan kepalsuan," tambah AC Yong, yang mengetuai Jabatan Hal Ehwal Awam polis.

Media asing yang memberikan laporan yang salah mengenai kematian Kuan Yew termasuklah CNN Breaking News dan CCTV China, Sina dan Phoenix Chinese News.


CNN Breaking News dalam tweet yang dibuat tidak lama selepas pukul 10 malam, waktu di mana Kuan Yew didakwa meninggal dunia, memetik sebuah 'laman web kerajaan' sebagai sumber.

Tetapi 10 minit kemudian, satu lagi tweet telah dibuat: "Laporan yang mengaitkan kerajaan Singapura mengenai Kuan Yew bukan dibuat secara rasmi."

Laporan berita yang hampir sama oleh CCTV, Sina dan Phoenix Chinese News berhubung kematian Kuan Yew tidak lama selepas dilaporkan sebagai salah.

Sina dan Phoenix memohon maaf untuk kesilapan tersebut.
Tags / Kata Kunci: Lee Kuan Yew , laman web palsu
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan