DUN Kelantan Lulus Hudud: PKR Siasat Wakil Tunggal

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat sama ada wakil tunggalnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan turut serta mengundi dalam meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

Setiausaha Agungnya, Mohd Rafizi Ramli berkata, pihaknya sudah mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guchil, Mohamad Roslan Puteh supaya tidak terlibat dalam proses berkenaan kerana bertentangan dengan pendirian parti.

“Kami mengarahkan Adun kami untuk tidak berada di sana (DUN) dan tidak mengambil bahagian (bahas dan undi).

“Beliau tidak anda di sana semalam, tapi kami sedang memeriksa sama ada beliau ada di sana hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

DUN Kelantan pada Khamis meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.

Dilaporkan kesemua 44 ahli dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan.

Ia termasuk 12 adun Barisan Nasional (BN), 31 adun PAS dan Mohamad Roslan daripada PKR.


Tags / Kata Kunci: hudud , Kelantan , PKR , Guchil , Rafizi Ramli

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan