PKR Kesal Kelantan Lulus Hudud

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 2:42 PM

PKR.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan kejayaan kerajaan PAS Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

Menerusi kenyataan bersama tujuh kepimpinan tertinggi sekutu pakatan pembangkang itu, PKR berkata, PAS bertindak membelakangi persetujuan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.

Menurut PKR, Pakatan Rakyat dimaklumkan bahawa rang undang-undang kontroversi berkenaan hanyalah pindaan empat perkara ke atas enakmen yang diluluskan pada 1993.

“PKR melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat bertarikh 8 Februari tidak dihormati dan sekaligus bertentangan dengan muafakat bersama yang dicapai pada 2011 mengenai perkara ini.

"Sedang PKR menghormati hak dan pendirian kerajaan Kelantan untuk membentangkan enakmen ini, adalah lebih afdal jika kerajaan Kelantan juga menghormati persetujuan yang dibuatnya sebelum ini di peringkat Pakatan Rakyat,” kata PKR menerusi kenyataan pada Khamis.

Kenyataan bersama tersebut ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali serta tiga naib-naib presiden dan dua ketua sayap parti itu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.

Kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan.

Selain itu, PKR mendakwa bahawa draf pindaan yang dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada mesyuarat bertarikh 12 Mac lalu adalah bertentangan dengan penjelasan PAS sebelum ini.

“PKR tidak diberikan draf pindaan sehinggalah pada 12 Mac. Draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan empat perkara seperti yang dimaklumkan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen setebal 34 muka surat.

"Walaupun kandungannya tidak banyak berbeza dari enakmen asal 1993, ia tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat dalam 2011 mengenai pelaksanaan hudud,” katanya.


Tags / Kata Kunci: PKR , hudud , DUN Kelantan , Pakatan Rakyat

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan