MH370: Waris Diberikan Notis Sejam Sebelum Deklarasi - Berita Semasa | mStar

MH370: Waris Diberikan Notis Sejam Sebelum Deklarasi

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 4:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Waris keluarga MH370 Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) diberikan notis dalam tempoh satu jam sebelum kerajaan Malaysia mengumumkan secara rasmi pesawat itu diumumkan terlibat dalam kemalangan, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis. 

Dalam jawapan bertulis kepada Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Menteri Pengangkutan berkata ahli keluarga mangsa yang terlibat dimaklumkan melalui panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas serta kiriman e-mel. 

"Untuk makluman anda, MAS telah memaklumkan waris keluarga MH370 satu jam sebelum pengumuman dibuat," katanya. 

Pesawat Boeing 77& itu membawa 239 orang apabila hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

MAS kehilangan 12 anak kapal serta seorang kakitangan MASkargo. Pesawat itu dipercayai berkahir di selatan Lautan Hindi. 

Pada 29 Januari, kerajaan Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan bahawa kesemua 239 orang yang menaiki pesawat dianggap telah terkorban.

Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia juga menegaskan bahawa usaha mencari pesawat itu tetap menjadi keutamaan.
Tags / Kata Kunci: MAS , MH370 , notis sejam , deklarasi kemalangan
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan