RUU Hudud Tidak Dapat Dibentangkan Pada Sesi Parlimen Kali Ini

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 6:29 PM

Shahidan Kassim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan PAS Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud ke Parlimen pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung mungkin tidak kesampaian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, berdasarkan aturan mesyuarat pada sesi persidangan kali ini, rang undang-undang persendirian itu tiada dalam senarai usul.

“Mungkin tidak sempat sebab jadual kita sudah penuh. 

“Pada 9 April ini Parlimen sudah habis bersidang. Tapi macam mana pun kita tengok senarai, dalam senarai tiada," kata Shahidan ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

DUN Kelantan pada Khamis meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Arau itu berkata, perkara itu seharusnya dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Saya ingat ia terpulang kepada Speaker, ini rang undang-undang persendirian,” katanya.

Mesyuarat pertama penggal ke-13 Parlimen kali ini bermula 9 Mac lalu dan akan berakhir 9 April hadapan.

Dewan Rakyat akan bersidang semula bermula 18 Mei hingga 18 Jun depan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata pindaan hudud yang akan dibawa ke Parlimen hanya memerlukan notis dalam tempoh 14 hari dan akan diusahakan untuk dibentangkan dalam kadar segera.

Beliau mengharapkan enakmen ini dapat dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum tamat sesi Sidang Rakyat pada kali ini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan