Ustaz Kazim Tidak Perlu Henti Berdakwah - MB Perak

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 11:08 PM

Ustaz Mohd Kazim Elias.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pendakwah terkenal dari negeri ini Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias tidak perlu mengambil keputusan untuk berhenti daripada berdakwah.

Beliau berkata, Mohd Kazim merupakan seorang pendakwah yang telah memberikan sumbangan besar terhadap masyarakat.

"Ustaz Kazim antara pendakwah yang cukup besar peranannya terhadap kanak-kanak hingga ke golongan dewasa. Setidak-tidaknya orang seperti Ustaz Kazim dapat memainkan peranan dalam caranya sebagai jurudakwah dan mampu menarik mereka untuk mendengar ceramah yang disampaikannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai Ustaz Kazim yang membayangkan hasrat untuk berhenti daripada berceramah dalam tempoh terdekat, dipercayai ekoran beberapa isu yang membabitkan dirinya sejak kebelakangan ini.

Zambry juga meminta tiada pihak yang melihat Mohd Kazim sebagai pendakwah yang hanya pandai berjenaka. -


iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan