Anak Perempuan Najib Nikah Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 19 Mac 2015 9:33 AM

Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa ketika di Majlis Khatam Al-Quran di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Rabu. Majlis diserikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran bersama persembahan kumpulan Marhaban Muafakat. Majlis akad nikah bakal berlangsung pada Khamis dan akan disempurnakan sendiri oleh Najib. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, minggu ini.

Jurucakap dan wakil keluarga perdana menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata majlis akad nikah akan berlangsung pada Khamis (19 Mac) di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata upacara akad nikah akan disempurnakan sendiri oleh Najib.

Beliau berkata perdana menteri dan isteri bersama-sama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang.

Antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah; Raja-Raja Melayu; Yang Dipertua Negeri; menteri-menteri besar; ketua-ketua menteri; menteri-menteri Kabinet; timbalan-timbalan menteri; pegawai kanan kerajaan; ahli-ahli politik; ahli-ahli korporat dan pemimpin masyarakat.

Selain itu beberapa pembesar dan pemimpin dari luar negara juga dijangka hadir.

Nooryana Najwa, 27, menamatkan pengajian di Georgetown University, Washington pada 2011 dan kini berkhidmat dengan sebuah syarikat "Venture Capital".

Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari Kazakhstan ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan