Empat Duta Baharu Terima Watikah Pelantikan

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2015 5:03 PM

Dari kiri, ohamad Nizan, Ahmad Rozian, Adnan dan Zulkifli.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Rabu berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat duta di Istana Negara di sini.

Mereka ialah Datuk Zulkifli Adnan (Jerman), Datuk Adnan Othman (Austria), Ahmad Rozian Abd Ghani (Kuwait) dan Mohamad Nizan Mohamad (Korea Utara).

Zulkifli berkhidmat dengan Wisma Putra sejak 1983. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar sejak 2011 dan sebelum itu beliau merupakan Duta Besar Malaysia ke Bosnia Herzegovina antara 2008 dan 2011.

Adnan memulakan kerjayanya di kementerian pada 1984. Beliau sebelum itu merupakan Duta Besar ke Kuwait dan Kemboja.

Ahmad Rozian berkhidmat di Wisma Putra sejak 1994 dan memegang beberapa jawatan penting. Sebelum dilantikan sebagai duta, beliau merupakan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia dari 2012.

Beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Strategik dan Setiuasaha Bahagian Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam di kementerian.

Mohamad Nizan menyertai kementerian pada 1994. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan ketua misi Kedutaan Malaysia di Bangkok sebelum dilantik sebagai duta.

Beliau pernah berkhidmat di Zimbabwe, Kanada dan Laos.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan