Umno Sokong Hudud Kerana Allah Bukan Politik - Alwi

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2015 1:32 PM

Md Alwi Che Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata Umno menyokong pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud kerana ia merupakan hukum Allah dan bukannya politik. 

"Undang-undang hudud melepasi batasan politik, kerana ia hukum Allah. Setiap orang muslim wajib menyokongnya. 


"Saya sokong hudud kerana Allah. Umno juga sokong (hudud) kerana Allah bukan politik," katanya ketika membahaskan pindaan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di sidang DUN Kelantan pada Rabu. 

Mengulas lanjut Alwi (BN-Kok Lanas) berkata undang-undang hudud yang akan dilaksanakan di Kelantan hanya terpakai ke atas orang Islam yang didapati bersalah melakukan jenayah sahaja. 

"Kenapa perlu orang bukan Islam, melatah dalam hal ini, pindaan yang dilakukan telah menyatakan undang-undang hudud ini hanya terpakai ke atas orang Islam. 

"Yang bukan Islam sibuk sangat nak buat apa," katanya. 

Beliau berkata dalam Islam sendiri membolehkan perbezaan pendapat namun perbezaan pendapat tersebut sepatutnya mengukuhkan ummah dan bukannya memecah belahkan umat Islam di Kelantan. 

"Saya pasti selepas undang-undang hudud ini diluluskan, kita akan menghadapi masalah besar kerana sudah pasti adanya tekanan daripada pelbagai pihak yang akan mencabar pelaksaan hukum hudud. 

"Namun kita perlu cekal untuk berpegang kepada pindaan ini sebaik sahaja ia diluluskan nanti," katanya. 

Pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob pada pukul 11 pagi Rabu. 

Antara intipati utama dalam pindaan ini adalah undang-undang tersebut hanya terpakai kepada orang Islam yang melakukan kesalahan di Kelantan.

Pindaan ini telah dibuat daripada peruntukkan asal yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih undang-undang itu  ke atas mereka.

Adun Kerajaan dan Pembangkang diberikan peluang untuk berbahas dan dijangka diluluskan pada esok selepas sidang DUN ditangguhkan pada kira-kira pukul 1 tengah hari Rabu. 

Selepas diluluskan, rang undang-undang ini akan digelar Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015.

Tags / Kata Kunci: Alwi Ahmad , Kok Lanas , hudud , Umno

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan