Pembangkang Guna Dewan Rakyat 'Serang' Muhammad Shafee

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2015 4:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang terus menggunakan Dewan Rakyat sebagai pentas 'menyerang' peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili pasukan pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kali ini, Ram Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mempersoalkan kredibiliti Muhammad Shafee yang dikatakan sedang disiasat kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan.

Ram mendakwa, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dituntut memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat kerana menyembunyikan fakta berhubung siasatan terhadap Muhammad Shafee.

"Peguam Negara memang sedar bahawa Shafee sedang disiasat untuk satu kesalahan yang boleh dihukum penjara dan denda.

"Beliau juga sedar sekiranya Shafee dituduh di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan sudah tentu Shafee tidak layak untuk dilantik mengendalikan rayuan kes Datuk Seri Anwar.

"Peguam Negara bertanggungjawab menjelaskan perkara ini kerana ia melibatkan dana awam," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen yang menyentuh mengenai kes liwat kedua Anwar.

Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara secara fiat (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pendakwaan dalam kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Ketika perbahasannya, Ram turut memberitahu Dewan Rakyat bahawa terdapat dokumen yang merupakan ‘kebenaran perintah’ menyiasat Muhammad Shafee yang dikeluarkan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof pada 3 Januari 2014.

Kata Ram, perintah siasatan itu ditandatangani Abdul Ghani.

Selain itu Ram yang juga salah seorang peguam pasukan pembelaan Anwar mempersoalkan pelantikan Muhammad Shafee yang mempunyai hubung kait dengan Umno.

"Anak guam saya berkali kali mengatakan bahawa pendakwaan terhadapnya adalah bermotifkan politik, jadi pelantikan Shafee yang mempunyai kaitan dengan Umno adalah meragukan.

"Ia lebih serius berikutan kelakukan Shafee selepas rayuan di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini. Beliau sertai forum dan perbincangan awam dan buat kenyataan rasmi berkaitan fakta dalam rayuan tersebut.

"Kenyataanya bertujuan mengecam Anwar yang kini dipenjarakan dan tak berpeluang membela diri,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat , Mahkamah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan