Pindaan Akta 118 Tambah Baik Sistem Perundangan Perumahan

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2015 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis untuk terus memantau pembangunan projek perumahan bagi mengelakkan isu rumah terbengkalai melalui beberapa pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118), Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata pindaan itu bertujuan menambah baik aspek perundangan yang membolehkan Jabatan Perumahan Negara dan kementerian mengambil tindakan lebih agresif terhadap pemaju yang tidak bertanggungjawab.

"Bagaimanapun pindaan kepada Akta 118 belum dapat dikuat kuasa pada masa ini kerana ia perlu dikuat kuasa bersekali dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Akta Hak Milik Strata Pindaan 2013 (Akta 318)", katanya menjawab soalan Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) yang meminta kerajaan menyatakan lokasi dan jumlah projek terbengkalai seluruh negara.

Pindaan ke atas Akta 118 telah diluluskan di Dewan Rakyat 30 Nov 2011 dan dijangka dikuatkuasakan tahun ini. 

Pindaan Akta 118 bertujuan memasukkan beberapa peruntukan baharu antaranya Seksyen 6, mengenai pertambahan deposit lesen pemajuan perumahan dan Seksyen 8, mengenai pembatalan jual beli sekiranya pembeli mendapati projek perumahan tiada kemajuan dalam tempoh enam bulan perjanjian ditandatangani.

Halimah berkata untuk tempoh 2009 hingga 31 Jan 2015, sebanyak 216 projek perumahan swasta terbengkalai direkod.

Namun daripada jumlah itu, sebanyak 164 projek berjaya disiapkan manakala 52 lagi masih dalam peringkat pelbagai pemulihan oleh kementerian.

Statistik projek yang berada di peringkat pemulihan adalah Selangor dengan 21 projek, Perak (9), Johor (8), Pahang (4), Negeri Sembilan (4), Pulau Pinang (2), Kedah (2), Kelantan (1) dan Wilayah Persekutuan (1), katanya.

Menjawab soalan tambahan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) mengenai statistik pemaju yang disenarai hitam, Halimah berkata sehingga 2 Mac 2015, sebanyak 1,018 pemaju perumahan dan 3,607 ahli lembaga pengarah telah disenarai hitam oleh kementerian.

Sementara itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata secara keseluruhan terdapat lima projek pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) dengan 2,795 unit dan harga seunit tidak melebihi RM300,000.

"Pembinaan Rumawip bertujuan memberi peluang kepada rakyat Wilayah Persekutuan untuk memiliki rumah dengan harga lebih rendah dengan harga siling RM300,000 ke bawah", katanya menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang meminta kementerian menjelaskan perancangan untuk membina kawasan perumahan di kawasan Batu.

Tags / Kata Kunci: Akta 118 , Perumahan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan