MCA Tempelak Dakwaan DAP Kononnya Main Peranan Sokong Hudud

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2015 12:53 AM

Dat­uk Dr Wee Ka Siong.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: MCA pada Selasa menempelak DAP kerana mendakwa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu memainkan peranan menyokong pembentangan dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. 

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, PAS yang menang 32 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan boleh membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan DUN tanpa memerlukan sokongan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti lain iaitu PKR (seorang) dan UMNO (12 orang).

"MCA tidak mempunyai sebarang kerusi dalam DUN Kelantan. Dalam mana-mana DUN atau Parlimen (Dewan Rakyat), sebuah parti yang mempunyai dua pertiga kerusi mempunyai kelebihan untuk meluluskan apa jua enakmen. Dengan ini, PAS mempunyai kelebihan untuk meluluskan enakmen itu.

"Jangan kelirukan rakyat dengan mendakwa bahawa Barisan Nasional, UMNO, MCA dan Gerakan bertanggungjawab untuk meluluskan pelaksanaan hudud di Kelantan," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau mengulas dakwaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa MCA dan Gerakan memberi mandat kepada UMNO Kelantan untuk menyokong PAS melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Wee, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata DAP yang seharusnya memainkan peranan sebagai rakan sekutu Pakatan Rakyat agar PAS boleh menarik balik pembentangan hudud pada persidangan DUN.

Beliau berkata, DAP telah menghampakan pengundi Cina dengan menyatakan tidak akan menyokong pelaksanaan hudud ketika berkempen pada pilihan raya umum ke- 13 namun selepas mendapat sokongan "mereka cakap lain".

"DAP senantiasa tidak konsisten sebelum dan selepas pilihan raya. Inilah perangai sebenar DAP," katanya.

Pada Isnin, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menyokong usaha kerajaan negeri Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.

Tags / Kata Kunci: MCA , Hudud , PAS , DAP

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan