50,000 Dijangka Banjiri Pesta Buku Antarabangsa

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PIBF) yang bermula pada Selasa sehingga 22 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dijangka menarik 500,000 pengunjung.

"Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM5 juta dalam transaksi jualan tahun ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd, Badlishah Ahmad dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dengan keluasan ruang pameran 5,574.2 meter persegi, pameran itu memaparkan koleksi buku yang besar dengan diskaun yang menarik termasuk judul buku yang baharu dan yang laris jualannya, dengan harga serendah RM5.

Satu daripada tarikan pada tahun ini ialah Bookerville Facstory oleh MPH Bookstores - satu konsep interaktif diinspirasikan dari taman tema yang membawa pengunjung ke sebuah bandar buku magik yang mana watak dan cerita menjadi hidup.

MPH Bookstores juga telah mengesahkan melalui akaun Twitternya @mphclick bahawa syarikat itu menerima Baucar Buku 1Malaysia di gerai mereka.

PIBF pada tahun lepas menarik 300,000 pengunjung.

Tags / Kata Kunci: Pesta Buku , Putrajaya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan