Nurul Izzah Pertimbang Ambil Tindakan Undang-Undang Isu Ditahan Polis

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung penangkapan dan penahanannya yang disifatkan sebagai "bertentangan dengan perlembagaan".

"Saya berpendapat bahawa penangkapan dan penahanannya itu adalah tidak wajar, berniat jahat, bertentangan dengan undang-undang dan mencabuli perlembagaan Parlimen," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. 

Beliau mendakwa kerajaan melakukan penghinaan mahkamah apabila menggunakan peruntukan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang didapati tidak mengikut perlembagaan oleh mahkamah dan penghinaan parlimen kerana menggunakan Akta Hasutan terhadap ahli parlimen yang berucap di Parlimen.

"Ini bertentangan dengan imuniti sebagai ahli parlimen, sepertimana yang termaktub dalam Artikel 63 (2), Perlembagaan Persekutuan," dakwanya.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil tindakan ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di bawah Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen/Akta 347 (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Nurul Izzah dibebaskan dengan jaminan polis, selepas kenyataannya direkodkan berhubung ucapan berbaur hasutan yang didakwa diucapkan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Parlimen minggu lalu. 


Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah Anwar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan