GST Diragui Menguntungkan Peminjam Hutang, Pemegang Bon - Ku Li

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 2:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April depan diragui akan menguntungkan peminjam hutang dan pemegang bon kerajaan.

Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) berkata, rakyat tidak seharusnya dibebankan dengan hutang negara yang kini disifatkan berada pada tahap membimbangkan melalui pelaksanaan GST.

Berucap di Dewan Rakyat pada Selasa, Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu turut menuntut penjelasan kerajaan berhubung tujuan sebenar GST mahu dilaksanakan.

"Kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat.

"Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen.

Mengulas lanjut, veteran Umno itu menegaskan bahawa pendapatan negara melalui GST wajar digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.

"Kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon," katanya sambil mengulangi pendirian sebelum ini yang meminta supaya kerajaan menangguhkan pelaksaan GST.

Selain itu Razaleigh turut menuntut supaya semua dokumen berkaitan hutang negara dibentangkan di Dewan Rakyat.

Katanya, rakyat berhak mengetahui mengenai ‘hutang sah’ kerajaan pada ketika ini.

"Sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut.

"Kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, instrument kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini.

"Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan,” katanya.

Tags / Kata Kunci: GST

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan