Kerajaan Kelantan Sedia Tanah Untuk Bina Rumah Mangsa Banjir

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 1:02 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembinaan rumah kekal kepada mangsa banjir yang tidak memiliki tanah, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diberitahu pada Selasa.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata sebelum kejadian banjir luar biasa pada Disember tahun lepas, mangsa terbabit mendiami rumah yang dibina di atas tanah rizab sungai dan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Beliau berkata penempatan baharu secara berkelompok atas tanah yang disediakan kerajaan negeri akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi.

"Kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah seluas 24 hektar di Enggong (Kuala Krai) dan 8.4 hektar di Telekong (Kuala Krai) untuk pembinaan rumah kekal kepada mangsa yang tidak mempunyai tanah sendiri," katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas).

Mengikut rekod Jawatankuasa Bersama Banjir Negeri Kelantan, terdapat sebanyak 1,827 buah rumah musnah sepenuhnya akibat bencana banjir di negeri ini, dan daripada jumlah itu, kira-kira 1,200 mangsa tidak memiliki tapak rumah.

Menjawab soalan asal daripada Azami Mohd Nor (PAS-Kadok), Ahmad berkata bagi mangsa yang mempunyai tanah sendiri, kerajaan sedang membina rumah kekal untuk mereka antaranya di jajahan Machang, Kuala Krai dan Gua Musang iaitu sekurang-kurangnya 10 buah bagi setiap kawasan DUN yang terlibat.

Ketika menjawab soalan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran), Ahmad berkata kerajaan negeri berhasrat untuk membina empangan di Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir di Gua Musang sebagai langkah jangka panjang mengatasi kejadian banjir.

Beliau berkata aliran air yang luar biasa dari kedua-dua sungai tersebut telah menyebabkan berlakunya banjir besar terutama di jajahan Kuala Krai iaitu lokasi kedua-dua sungai itu bertemu menjadi Sungai Kelantan.

Katanya, kerajaan negeri juga akan memperkemaskan jentera bantuan ketika banjir dan pasca banjir bagi menghadapi bencana tersebut pada masa depan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Hubungan Kaum Datuk Anuar Tan Abdullah berkata sebanyak RM3.9 juta telah diperuntukan untuk membantu usahawan yang terjejas akibat banjir memulakan perniagaan.

Beliau berkata sebanyak 825 daripada 1,000 usahawan yang terjejas akibat banjir telah memulakan perniagaan melalui skim pembangunan usahawan.

Anuar berkata demikian semasa menjawab soalan Mohamad Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran).

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Banjir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan