Nurul Izzah Akan Dibebaskan Selepas Beri Keterangan

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 11:21 AM

Nurul Izzah Anwar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan dibebaskan selepas pihak polis merekodkan kenyataannya berhubung pertuduhan di bawah Akta Hasutan, kata Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata pihak polis akan merakamkan kenyataan Naib Presiden PKR itu pada pagi Selasa, sebelum beliau dibebaskan. 

"Beliau tidak akan ditahan reman selepas itu. 

"Polis telah memaklumkan kepada peguam Izzah bahawa mereka tidak akan meneruskan permohonan reman," katanya ketika dihubungi pada Selasa. 

Nurul Izzah ditahan pada Isnin dan dibawa ke lokap Balai Polis Jinjang selepas dia hadir untuk memberikan keterangan di Balai Polis Dang Wangi berhubung perhimpunan #Kita Lawan minggu lalu. 

Beliau disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan berikutan ucapan Ketua Pembangkang yang dibacakannya di Dewan Rakyat minggu lalu. 


Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah Anwar , ditahan , direman , Akta Hasutan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan