Periksa Harga Runcit Ubat Di Laman Web Sebelum Beli

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan telah menyediakan senarai harga runcit yang disarankan bagi ubat-ubatan tertentu sebagai panduan dan rujukan rakyat semasa membeli keperluan daripada farmasi swasta.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata senarai harga itu dimuat naik di laman web Jabatan Farmasi sebagai usaha berterusan kementerian memantau harga ubat-ubatan yang dijual di negara ini.

"Ubatan-ubatan di Malaysia bukanlah barang harga kawalan, tetapi langkah ini diambil untuk pantau harga ubat-ubatan selain rujukan kepada pengguna," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) di Dewan Rakyat, di sini, Isnin.

Abdul Ghapur bertanya mengenai kaedah yang diguna pakai oleh kementerian dalam mengawal harga ubat-ubatan khususnya bagi penyakit kronik yang perlu diambil untuk jangka masa yang panjang.

Dr Subramaniam berkata senarai itu diperoleh hasil kerjasama kementerian dengan pihak industri dan pengedar untuk mendapatkan senarai harga ubat yang disyorkan.

Menjawab soalan tambahan Abdul Ghapur mengenai jaminan kerajaan dalam menyediakan keperluan ubat-ubatan bagi pesakit kronik daripada golongan kurang mampu, Dr Subramaniam memberi jaminan hak mereka sentiasa dijaga.

Katanya kerajaan sentiasa membekalkan ubat-ubatan secara berterusan dan percuma kepada pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Bagaimanapun, katanya dalam keadaan tertentu pesakit berkemungkinan perlu mendapatkan bekalan ubat-ubatan daripada farmasi luar berdasar preskripsi yang diberi sekiranya doktor berasa ubat-ubatan berkenaan memberi lebih kebaikan kepada pesakit berbanding ubat yang dibekalkan pihak hospital.

Menjawab soalan tambahan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) mengenai langkah kerajaan memastikan harga terkawal sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, Dr Subramaniam mengambil pendekatan untuk menggalakkan perkembangan industri ubatan generik bagi mewujudkan persaingan harga ubat-ubatan di negara ini.

Tags / Kata Kunci: Farmasi , Harga Runcit Ubat

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan