Empangan Sembrong Alami Penyusutan Simpanan Air

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 8:59 AM

Empangan Sembrong mengalami penyusutan paras simpanan air yang serius.

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

KLUANG: Empangan Sembrong, yang merupakan salah satu kawasan tadahan air terbesar bagi 120, 000 penduduk di daerah Kluang dan sebahagian Batu Pahat kini mengalami penyusutan paras simpanan air secara 'perlahan-perlahan'. 

Aktiviti pertanian yang dijalankan sekitar empangan tersebut, tidak jauh berbeza dengan Cameron Highlands. 

Kewujudan alga yang tumbuh melata akibat dan perladangan yang tidak terancang itu mengakibatkan masalah penyusutan paras simpanan air di empangan berkenaan. 


Lebih memburukkan keadaan apabila ia mengancam pengeluaran bekalan air dan semua hidupan laut yang tinggal di dalamnya. 

Pada awalnya Empangan Sembrong dibina untuk projek tebatan banjir pada 1984 dan diuruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran bertujuan untuk membekalkan air bersih kepada penduduk sejak 1990. 

Terletak di kawasan seluas 775 hektar persegi empangan tersebut mampu membekalkan 55 juta liter air yang dirawat setiap hari melalui loji rawatan air Sembrong Barat.

Akibat aktiviti pertanian yang tidak terancang serta penanaman pokok kelapa sawit yang merangkamui 87 peratus daripada 130 kilometer persegi di kawasan tadahan air tersebut, menyebabkan Empangan Sembrong mengalami penyusutan simpanan air secara perlahan-lahan ekoran proses eutrofikasi atau lebih dikenali sebagai 'kebanjiran alga'.

Menurut kajian terkini yang dijalankan oleh Universiti Teknolongi Malaysia (UTM), tahap fosforus di dalam empangan tersebut kini mencapai 92.28 % 'Indeks Trofik Carison' jika dibandingkan dengan tahap normal iaitu 70% hingga 80% sahaja. 

Fosforus, nitrogen dan potasium digunakan secara meluas dalam baja dan racun perosak. 

Terdapat kawasan pertanian dan ladang kelapa sawit serta 3,480 hektar Kawasan Pertanian Moden Kluang yang terletak berhampiran dengan Empangan Sembrong. 

Masalah eutrofikasi itu telah menyebabkan air terawat di empangan tersebut tercemar kerana alga berkenaan mendap di kawasan tadahan air, kesannya penduduk setempat  mengalami gangguan bekalan air. 

Tahun lalu sahaja berlaku 244 gangguan bekalan air di loji rawatan air Sembrong Barat. 

Dekan 'Water Research Alliance' UTM, Prof Dr Zulkifli Yusof menyifatkan ia sebagai situasi 'kritikal' kerana kehadiran fosforus yang tinggi disebabkan oleh penggunaan racun perosak oleh pengusaha ladang di kawasan pertanian sekitar empangan tersebut. 

"Eutrofikasi berlaku apabila wujudnya terlalu banyak nutrien daripada hasil buangan aktiviti pertanian dan perladangan ke dalam air.

"Apabila terlalu banyak, ia akan menyerap gas oksigen dan semua hidupan marin akan mati. 

"Lapisan alga yang terlalu tebal akan menghalang sinaran matahari yang merupakan sumber tenaga kepada plankton dan ikan," katanya sambil menambah tasik tersebut akan bertukar menjadi warna hijau. 

Dr Zulkifli yang mengetuai pasukan penyelidik UTM, mengenai tahap hakisan yang berlaku di Empangan Sembrong sejak tiga tahun lalu turut terkejut dengan penemuan tersebut selepas mereka membuat kajian mengenai kualiti air di empangan berkenaan. 

Beliau berkata alga tersebut boleh dimusnahkan ketika proses rawatan air, namun ia akan menyebabkan kos rawatan air menjadi lebih tinggi. 

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor, Vincent Chow berkata masalah yang berlaku di Empangan Sembrong telah berlarutan selama beberapa tahun. 

"Ini bakal jadi satu malapetaka seperti mana yang berlaku di Cameron Highlands akibat aktiviti pertanian dan perladangan secara haram yang dijalankan di kawasan sekitar kerana ia menyebabkan bekalan air tercemar. 

"Bagi saya, Sembrong merupakan  sebuah tasik besar yang dicemari dengan hasil buangan daripada aktiviti pertanian, najis daripada aktiviti perternakan serta aktiviti perladangan," katanya sambil menambah sekiranya tiada tindakan drastik diambil untuk melindungi sumber bekalan air bersih, Johor mungkin terpaksa mendapatkan bekalan air bersih daripada Pahang dalam tempoh 20 tahun akan datang. 

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan