Teguran Penceramah Lebih Bergurau Ikut Lunas Agama

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 5:12 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Teguran Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria terhadap pendakwah yang lebih cenderung bergurau dan melawak ketika menyampaikan ceramah disifatkan sebagai tepat dan mengikut lunas agama.

Perkara ini dinyatakan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Dr Ibrahim Lembut yang berkata walaupun trend itu diterima masyarakat namun pendakwah perlu lebih peka dengan unsur jenaka yang disampaikan.

"Pada saya, teguran itu tepat namun sedikit terlewat kerana orang ramai telah terpengaruh dengan trend sebegitu, ada yang terlebih bergurau.

"Tetapi masyarakat sudah terima cara sebegitu dan kadang-kadang kalau tak ceramah begitu, orang tak datang," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata perlu dilihat semula kenapa teguran sebegitu dibuat dan menambah Nabi Muhammad SAW pun tidak berdakwah cara itu.

Harussani sebelum ini mengingatkan pendakwah dan penceramah agar mengikut kaedah serta asas yang betul ketika menyampaikan ilmu agama bukan dengan bergurau dan melawak.

Mufti itu juga berkata terdapat pendakwah yang cenderung menyelitkan unsur lawak yang berlebihan sehingga penceramah lebih dikenali kerana lawak mereka bukan ilmu yang disampaikan.

Diminta mengulas mengenai pengaruh kumpulan militan dalam kalangan masyarakat negara ini, Ibrahim berkata rakyat sebenarnya masih kurang faham dengan perjuangan kumpulan tersebut.

Menurutnya, rakyat yang ditahan kerana didakwa terlibat dengan kumpulan militan Islamic State (IS) mungkin disogok dengan pelbagai ganjaran lain dan bukan atas dasar perjuangan semata-mata.

Beliau mempersoalkan tindakan seorang remaja perempuan 14 tahun yang cuba menyertai kumpulan IS pada usia sebegitu.

Tags / Kata Kunci: Mufti , Perak , Syarie

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan