Tiada Keperluan Tubuh RCI Banjir - PM

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 11:20 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat insiden banjir besar yang melanda negara baru-baru ini.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sudah mengenal pasti beberapa kelemahan di semua peringkat dalam menguruskan bencana alam seperti itu.

"Kerajaan berpandangan bahawa tiada keperluan untuk membentuk satu RCI mengenai pengurusan bencana banjir bagi musim tengkujuh lalu.

"Namun peraturan tetap operasi pengendalian bencana dan prosedur operasi standard (SOP) agensi pelaksana harus dikaji, disemak dan dikemaskini supaya berkeupayaan menghadapi situasi banjir besar dan air yang naik secara pantas," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berhubung cadangan penubuhan RCI bagi mengkaji mengenai kelemahan dan kekurangan kerajaan dalam menangani insiden banjir di beberapa negeri baru-baru ini.

Sebelum ini Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa penubuhan RCI bagi menyiasat kesiapsiagaan pengurusan bencana negara oleh kerajaan.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, antara penambahbaikan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan kompetensi dan kemahiran kepimpinan dalam agensi dan jawatankuasa di peringkat daerah, negeri serta kerajaan Pusat seperti kaedah perintah dan kawalan.

Selain itu katanya, pembangunan keupayaan sistem amaran awal yang lebih tepat dan berkeupayaan memberi amaran dalam tempoh masa yang lebih juga sedang diberi perhatian.

"Penempatan pegawai berkemahiran dalam pengurusan bencana terutama di peringkat daerah dan negeri bagi memastikan bencana alam diselaras dan dikendalikan dengan lebih berkesan juga perlu ditambah baik," katanya.

Kepada soalan tambahan oleh Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) sama ada kerajaan turut mengkaji mengenai langkah pencegahan banjir diperingkat hulu sungai terutamanya di Kelantan, Najib berkata perkara itu termasuk dalam kajian pihak bertanggungjawab.

"Bagaimanapun kita mengharapkan kerajaan negeri tolong menggunakan pertimbangan yang lebih berhemah dalam meluluskan kawasan perlombongan, pembukaan tanah dan sebagainya kerana di Kelantan banjirnya lebih teruk.

"Bukan banjir biasa, tapi banjir lumpur. Maknanya kelestraian dari segi tindakan kerajaan Pusat dan kerajaan  negeri adalah penting. Jadi wajib kita jadikan sebagai panduan pasa masa akan datang,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mengenai mengapa kerajaan tidak mengisytiharkan darurat bagi memudahkan proses mobilisasi, Perdana Menteri berkata tindakan itu akan menyebabkan beberapa implikasi negatif.

"Kerajaan tak isytiharkan darurat kerana mahu ia menjadi tanggungjawab bersama antara kerajaan Pusat dan negeri.

"Kita tak mahu ia diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan pusat semata-mata. Sebab sebahagian daripada tanggungjawab itu mesti di bawah kerajaan negeri. Selain itu jika kita isytihar darurat ia ada implikasi dari segi insurans dan sebagainya,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Banjir , Kelantan , Pahang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan