Tiada Cadangan Wujud Peruntukan Khusus Merotan Anak Sebagai Jenayah

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 5:30 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada cadangan untuk mengadakan peruntukan khusus merotan kanak-kanak sebagai satu jenayah dalam rang undang-undang baharu yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata penggubalan rang undang-undang baharu itu bagaimanapun akan mengekalkan peruntukan mengikut seksyen 31(1) akta asal berhubung perbuatan merotan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental kepada kanak-kanak.

"Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan cadangan mengenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi dan mencadangkan hukuman sebatan ke atas mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) berhubung cadangan merotan anak sebagai kesalahan jenayah dalam penggubalan rang undang-undang baharu itu.

Rang undang-undang baharu itu yang bertujuan menambah baik Akta Kanak-Kanak 2001 dengan memasukkan dasar baharu sejajar dengan perkembangan semasa, dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan kali ini.

Menjelas lanjut, Azizah berkata perkara itu dilihat sebagai langkah untuk menjaga kepentingan kanak-kanak dengan mengimbangi antara hak kanak-kanak dan hak ibu bapa atau penjaga dalam mendidik dan mendisiplinkan kanak-kanak dengan cara positif.

Selain itu, katanya kementerian itu juga bercadang untuk menggugurkan peruntukan berkenaan perintah sebatan ke atas kanak-kanak apabila sesuatu kesalahan dibuktikan.

Azizah berkata peruntukan sebatan digugurkan bertujuan untuk peningkatan kendiri seorang kanak-kanak kerana tindakan itu akan memberi kesan negatif terhadap emosi kanak-kanak serta trauma yang berpanjangan.

"Sepatutnya pengukuhan secara positif harus diberi untuk kesedaran kesilapan yang dilakukan," katanya.

Mengenai penggubalan rang undang-undang itu, katanya, kementeriannya telah mengadakan sesi konsultasi dengan pemegang kepentingan, termasuk agensi kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan Akta Kanak-Kanak 2001 dan sesi itu diteruskan sehingga rang undang-undang dibentangkan di Dewan Rakyat.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan