Pasukan Khas Banteras Penyeludupan Sempadan Malaysia-Thai Akan Ditubuhkan

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 6:50 PM

Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah pasukan khas bagi membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia dan Thailand akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata senarai pegawai dan anggota telah dikenal pasti dan butiran lanjut akan dimaklumkan kelak.

Beliau berkata pasukan itu akan mengawasi seluruh garis sempadan Malaysia-Thailand dalam negara dari Padang Besar sehingga ke Rantau Panjang.

"Mereka ini akan beri fokus kepada tiga perkara, pertama penyeludupan manusia, kedua senjata api dan ketiga dadah," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata pasukan khas itu akan memberi fokus elemen penguatkuasaan, berbeza daripada unit sedia ada yang mengawasi sempadan seperti Unit Risikan Sempadan (URS) yang ditubuhkan tahun lepas, dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

"URS ditubuhkan khas memberi fokus mengenai risikan dan memproses hasil diperoleh manakala PGA lebih kepada kawalan keselamatan sempadan," katanya.

Noor Rashid yang mengakui sempadan kedua-dua negara yang panjang sememangnya memudahkan ia dibolosi, menarik perhatian bahawa selain menubuhkan pasukan khas itu, pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia sedia ada di sempadan akan terus dimantapkan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan