Palanivel Yakin Pertahan Jawatan Presiden MIC

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 11:44 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkeyakinan untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan presiden parti Mei ini. 

Beliau berkata ia berikutan sokongan padu yang diperolehnya ketika bertemu dengan ketua cawangan MIC di seluruh negara, termasuk kira-kira 300 cawangan di Johor.

"Saya sudah buat lawatan ke tiap-tiap negeri untuk bertemu dengan lebih 4,000 orang ketua Cawangan MIC termasuk pada hari ini (Ahad).

"Menerusi perjumpaan yang sudah saya lakukan sebelum ini, saya menjangkakan untuk memperoleh sokongan kira-kira 2,500 cawangan di seluruh negara," katanya ketika majlis beramah bersama presiden MIC di Kampung Abdullah pada Ahad.

Palanivel turut berkata fokusnya pada ketika ini adalah untuk memperkasakan MIC demi kebaikan semua anggota parti berkenaan.

"Adalah penting untuk memperkasakan parti terutama di peringkat kepimpinan, jadi saya yakin saya mampu untuk bawa peningkatan kepada parti," katanya. -- 

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri G.Palanivel , MIC

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan