Murad Dan Mohagher Bukan Warga Malaysia - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 6:38 PM

Ahmad Zahid.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kerajaan, pada Isnin, menempelak kenyataan anggota parlimen Davao, Filipina yang mendakwa Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ibrahim dan ketua perundingnya, Mohagher Iqbal adalah rakyat Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan mengesahkan bahawa kedua-dua pemimpin MILF itu bukan rakyat Malaysia seperti yang diperkatakan.

"Saya telah lakukan penyemakan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran (Negara) termasuk menyemak maklumat peribadi, tarikh lahir dan beberapa butiran lain dan didapati Haji Murad Ibrahim dan (Mohagher) Iqbal bukan rakyat Malaysia.


"Saya harap ahli parlimen itu faham dan ini ialah pendirian rasmi kerajaan Malaysia berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Eksesais Multinations Counter-Terrorrism' di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi di sini.


Beliau berkata terdapat usaha untuk menggagalkan perjanjian perdamaian yang diusahakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan mengatakan bahawa kedua-dua tokoh MILF ini merupakan rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu terlibat dengan politik dalaman Filipina, tetapi setelah melihat secara terperinci, saya tidak mahu usaha Perdana Menteri kita 'dirungkai' dengan tuduhan melulu," katanya.

Laporan akhbar pada Ahad berkata Jawatankuasa Dewan Perwakilan Filipina yang ditugaskan untuk mengkaji usul Undang-Undang Asas Bangsamoro (BBL), digesa untuk menyiasat kerakyatan Murad dan Mohagher.

Gesaan itu dibangkitkan oleh anggota Parlimen Davao, Karlo Alexei Nograles selepas bekas setiausaha menteri dalam negeri Filipina, Rafael Alunan III mendakwa Murad dan Mohagher merupakan rakyat Malaysia, sekali gus boleh mengganggu proses kelulusan BBL.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan