Muhyiddin Nafi Umum Kerajaan Bina Terowong Smart Di Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 5:27 PM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau membuat kenyataan kononnya kerajaan akan membina projek seperti Terowong Smart di Kelantan bagi menangani masalah banjir di negeri itu.

Katanya laporan berita yang memetik beliau itu adalah tidak benar kerana walaupun beliau telah melihat projek terowong seperti itu berjaya dilaksanakan di Jepun dalam mengurangkan masalah banjir, tetapi ia masih memerlukan kajian mendalam.

"Saya tidak buat apa-apa kenyataan. Tidak semestinya apa dibuat dan sesuai di Jepun, sesuai di Malaysia. Kita buat kajian mendalam, sistem apa, teknolgi apa yang wajar.

"Kita datang Jepun belajar apakah teknologi itu sesuai. Setiap sesuatu perkara melibatkan kos besar. Underground tunnel pasti melibatkan kos besar Ada teknologi tak sesuai.

"Pengurusan banjir di Jepun tak sama dengan Malaysia. Kita buat perbandingan. Dalam hal berlaku di Kelantan, kita nak tahu puncanya dan telah dimulakan oleh beberapa universiti," katanya pada sidang media akhir lawatan empat hari beliau di Jepun, di sini Isnin.

Akhbar pada Isnin melaporkan Muhyiddin sebagai berkata kerajaan sedang mengkaji pembinaan projek serupa seperti Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau Terowong Smart di Kelantan.

Akhbar berkenaan melaporkan bahawa Muhyiddin berkata pembinaan terowong itu bertujuan untuk menyelesaikan bukan sahaja masalah banjir setiap hujung tahun di Kelantan, tetapi juga isu banjir keseluruhannya.

Mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan berpendapat tiada keperluan untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji kelemahan dan kekurangan dalam pengurusan banjir yang melanda negara pada Disember lepas, Muhyiddin berkata beliau bersetuju dengan tindakan itu.

Katanya kerajaan sudah mengambil langkah komprehensif sebelum, sewaktu dan selepas kejadian banjir itu.

" Apa yang penting sekarang pembinaan semula nak pulihkan keadaan. Kerajaan nak bantu rakyat bina rumah. Komitmen kerajaan tinggi, kita belanja besar..langkah disusun. Yang penting bantu pasca banjir," katanya.

Tags / Kata Kunci: Terowong Smart , Jepun , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan