Malaysia - Jepun Perluas Kerjasama Pendidikan

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 5:19 PM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Malaysia dan Jepun pada Isnin memeterai memorandum kerjasama untuk memperluaskan lagi kerjasama dalam bidang pendidikan.

Kerjasama itu akan turut melibatkan bidang pendidikan peringkat lebih rendah terutama dalam bidang teknikal dan vokasional daripada peringkat pengajian tinggi ketika ini.

Pada majlis itu, Malaysia diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan manakala Jepun diwakili Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sains dan Teknologi Hakubun Shimomura.

Muhyiddin berkata memorandum kerjasama itu adalah sambungan kepada kerjasama sedia ada dalam pendidikan tinggi dan kerjasama ini turut melibatkan pendidikan awal.

"Kami perlu kerangka kerjasama dalam pendidikan awal, prasekolah sampai prauniversiti. Ia diperuntukkan dalam memorandum baharu yang dimeterai hari ini.

Ia beri ruang agak besar untuk lihat apakah bidang-bidang boleh diikuti dan dicontohi oleh Malaysia untuk tingkatkan mutu pendidikan di negara kita," katanya pada sidang media pada akhir lawatan empat hari beliau di Jepun, di sini, Isnin.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai contoh, bidang sains, teknologi dan kejuruteraan merupakan dasar yang Malaysia tekankan dan perlu dipertingkatkan.

"Pengalaman Jepun dalam bidang pendidikan sains dan teknologi pasti lebih jauh ke depan daripada kita. Bagaimana nak diimbangkan dengan keadaan di Malaysia. Itu perlu diteliti oleh pegawai saya di bahagian kokurikulum. Pastikan bersesuaian.

"Banyak bidang lain selain pendidikan tinggi, seperti Penyelidikan dan Pembangunan dalam tingkatkan ranking universiti. Ada bidang tertentu, 'niche area', bidang khusus mereka ke depan berbanding Malaysia dan negara lebih maju," katanya.

Muhyiddin berkata sewaktu perbincangan beliau dengan Shimomura, menteri itu menyarankan kedua-dua negara meneroka bidang pendidikan yang lebih luas terutama dalam bidang vokasional dan teknikal.

"Ini bidang yang diberikan perhatian oleh kedua-dua negara. Kami setuju supaya pegawai kedua-dua negara meneliti lebih lanjut bidang-bidang khusus kami  boleh bekerjasama," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia sudah mempunyai pelan pembangunan dalam pendidikan awal yang dilancarkan dua tahun lepas bagi meletakkan pendidikan awal setaraf dengan negara maju.

"Bagi pengajian tinggi pula kita di peringkat akhir sediakan pelan pembangunan. Akan dilancar pada 7 April. Di situ telah digariskan beberapa anjakan besar ... ada 10 perkara. Dengan inisiatif baharu maka piawaian pendidikan akan dapat kita majukan setara dengam negara-negara maju," katanya.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Jepun

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan