LIMA 2015: Jupiter Aerobatic Team Tarik Diri

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 5:08 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pasukan Jupiter Aerobatic Team daripada Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU) membuat keputusan menarik diri daripada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) selepas empat daripada juruterbangnya terbabit dalam kemalangan ketika melakukan latihan aerobatik, Ahad.

Marshall Pertama TNI-AU Indra Yadi mengesahkan keputusan itu dan berkata pasukannya akan menarik diri daripada acara dwitahunan itu ekoran kemalangan pada Ahad.

"Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.Insiden ini tidak akan melemahkan semangat kami untuk terbang. Angkatan Udara Indonesia akan terus berada di sini bagi acara ini (LIMA'15 ).

"Hanya Jupiter Aerobatic Team akan pulang ke Indonesia," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi empat juruterbang itu di Hospital Langkawi di sini Isnin.

Indra merupakan pemerhati dari Angkatan Udara Indonesia yang turut melakukan penerbangan bersama-sama juruterbang terbabit ketika melakukan latihan.

Beliau berkata TNI-AU bersimpati dengan pemilik rumah yang kediamannya musnah apabila pesawat berkenaan terhempas di atasnya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Langkawi Dr Mansor Ismail berkata keempat-empat juruterbang Indonesia itu yang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan itu akan dibenarkan keluar Isnin.

Pada Ahad, Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, turut mengunjungi juruterbang yang cedera itu.

Dua pesawat Jupiter itu terhempas di Pemandangan Indah, Padang Mat Sirat dan Kampung Gelam, Kedawang berhampiran lapangan terbang kira-kira 2 petang semalam.

Dua juruterbang dan dua penumpang pesawat itu berjaya melentingkan diri dari pesawat sebelum ia terhempas.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan