Malaysia Tidak Sertai Serangan Terhadap IS - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan menyertai negara antarabangsa lain untuk berperang menentang kumpulan pelampau seperti militan Negara Islam (IS).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan bagaimanapun sentiasa memantau semua bentuk ancaman yang boleh memberi kesan langsung terhadap keselamatan negara termasuk daripada militan IS.

"Dalam keghairahan sebilangan negara-negara antarabangsa untuk bertindak langsung ke atas IS, kerajaan lebih memberi fokus kepada rakyat tempatan yang cenderung terhadap pengaruh IS di dalam dan luar negara,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) berhubung peranan Malaysia dalam perang seluruh dunia terhadap IS.

Berdasarkan rekod Bahagian Anti-Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman, jumlah keluarga dari Malaysia yang menyertai militan IS semakin meningkat dan sekurang-kurangnya lapan keluarga berada di Syria ketika ini.

Ketika ini 61 rakyat Malaysia dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan IS dan daripada jumlah itu seramai 10 orang adalah wanita.

Selain itu, tangkapan terkini terhadap mereka yang disyaki terlibat dengan IS adalah melebihi 71 individu.

Tags / Kata Kunci: IS , Dewan Rakyat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan