Pesawat Terhempas: Adun Yakin Ganti Rugi Akan Dibayar

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 1:35 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kerajaan Kedah berkeyakinan Kementerian Pertahanan akan menanggung sebarang bayaran ganti rugi terhadap kemusnahan sebuah rumah dan beberapa kenderaan akibat insiden pesawat terhempas di Langkawi pada Ahad.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Manusia, Pelancongan Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata menjadi kelaziman Kementerian Pertahanan membayar ganti rugi apabila terdapat insiden ketika Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA).

"Bayaran ganti rugi (ketika LIMA) itu adalah biasa kerana sebelum ini terdapat insiden ada haiwan ternakan seperti lembu mati terkejut akibat bunyi kuat pesawat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mohd Rawi juga merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat di kawasan Parlimen Langkawi.

Dalam kejadian pada 2.04 petang semalam, dua pesawat milik pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia terhempas selepas bergeser sesama sendiri ketika menjalani latihan untuk LIMA '15.

Serpihan daripada salah sebuah pesawat itu mengenai rumah penduduk di Kedawang, mengakibatkan rumah, kereta dan motosikal pemiliknya terbakar.

Tags / Kata Kunci: Lima , Langkawi

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan